PAHLAWAN ADAMUS

"Semuanya bermula ketika dia terjumpa sebuah buku. Buku itu membawanya ke alam yang tidak terduga. Alam ini menemukannya dengan maharaja yang amat jahat. Juga menemukannya dengan sumpahan keras yang amat zalim. Namun dia langsung tidak menduga tatkala penghuni alam itu memandangnya sebagai penyelamat. Maka bermulalah kembaranya merentas alam fantasi itu mencari satu-satunya pedang yang boleh membunuh maharaja zalim itu. Kembara ini tidak semudah yang disangka. Makhluk mistik, ahli sihir jahat dan gerombolan tentera musuh menanti. Namun dia dibantu teman-teman yang berjuang di sisi. Gendang perang sudah dipalu. Terpulang pada Pahlawan Adamus untuk menamatkannya."

Friday, April 22, 2016

ADAMUS DI LAUT NULDOR!

"Adamus, Padawa Naldo dan Samushin Shiris masih dalam pelayaran ke sebuah pulau misteri yang dihuni oleh seekor makhluk gergasi yang memIliki Mutiara Tarasis Nekulus milik Padawa Naldo. Nampaknya, perjalanan mereka semakin sukar dalam cuaca dingin yang menguasai alam Fiara.  Laut Nuldor memisahkan mereka dari tanah besar Fiara dan Pulau Arauna. Namun, ada sesuatu yang berlaku pada malam sebelum mereka tiba di desa laut yang diketuai oleh Tok Kaibiru. Seorang Usiari Samushin Air yang digelar Auranor menyerang mereka tanpa dijangka.... kuasa yang tidak dapat ditandingi oleh Adamus dan Shiris.  Mujurlah Padawa Naldo yang juga Samushin Air seakan-akan mampu menghadapinya...   "

apa yang berlaku seterusnya?...


...ini satu persoalan yang menarik!   

Wednesday, November 18, 2015

Tip Survival Penulis: Ciri-Ciri Novel Fantasi Yang Tidak Laku

PTS sudah menerbitkan 20 judul novel fantasi. Namun sangat sedikit yang diulangcetak.
Novel 'Pahlawan Adamus' adalah salah sebuah yang diulangcetak. Feedback dari pembaca mengatakan mereka puas hati membaca novel tebal ini disebabkan daya imaginasi pengarangnya yang tinggi.


Dengan menganalisis novel-novel fantasi yang tersadai di dalam gudang PTS, didapati  ciri-ciri novel fantasi yang tidak laku dalam pasaran adalah seperti di bawah:
(i) Nipis.
Ukuran 'nipis' adalah kurang daripada 350 halaman.  Cerita yang baik, gaya bahasa yang indah, dan imaginasi yang tinggi sekalipun, apabila bukunya nipis, orang tidak teringin mengambilnya dari rak buku di dalam kedai buku.
Komplen yang popular diterima dari pembeli buku adalah 'tidak puas dibaca'.
(ii) Ceritanya tidak mempunyai kaitan dengan unsur-unsur sejarah alam Melayu ataupun Nusantara, yakni tidak mempunyai unsur historisiti.
(iii) Judul yang pelik.
Maksud judul yang 'pelik' adalah perkataan judul yang bukan perkataan Melayu, dan juga bukan perkataan yang ada dalam kamus mana-mana bahasa, yakni perkataan yang direka-reka sehingga pembaca tidak dapat mengagak apa maknanya. Dari sudut pandang teori interteks, judul itu tiada mempunyai unsur interteks sama sekali.
(iv) Judulnya perkataan Melayu yang 'pelik'.
Judulnya menggunakan perkataan Melayu tetapi perkataan itu tidak biasa digunakan dalam kehidupan sehari-harian, sehingga pembaca Melayu pun tidak tahu apa makna perkataan itu.
(v) Nama-nama watak yang 'pelik'.
Nama yang 'pelik' adalah nama-nama watak yang tidak dapat dikaitkan dengan perkataan Melayu, oleh itu tidak dapat diketahui maknanya ataupun kaumnya. Nama yang pelik itu direka-reka dengan tidak menggunakan teori makna, oleh itu pembaca tidak dapat menggambarkan ciri-ciri personaliti watak-watak itu.
(vi) Nama tempat yang 'pelik', yang tiada kaitan dengan perkataan Melayu dan alam Melayu-Nusantara.
Novel fantasi yang laku dalam pasaran adalah novel-novel yang kuat unsur-unsur interteks sejarahnya. Ini bermakna penulis fiksyen fantasi mestilah mempunyai pengetahuan yang luas tentang sejarah.

http://universitipts.com/index.php/site/comments/tip_survival_penulis_ciri-ciri_novel_fantasi_yang_tidak_laku_dalam_pas/

Wednesday, October 23, 2013

PAHLAWAN ADAMUS 2- SEDUTAN BAB 8



Shiris kerut kening. “Ara-Amik Sera Uhat Fai Sero? (Bagaimana kau tahu nama aku?)”
 “He he he!” Rug mengangguk-angguk sinis. “Sugabo!(Bagus!)”
Ualak Sera Aun Nasurru Hair Sero, Aalis Nakukal-Aynak Rangsekka. Naag Angbu Naransus Aima! (Kalau kau ada urusan dengan aku, sila lakukannya sekarang.  Jangan buang masa kami!).” ujar Shiris tenang, ternyata lelaki ini sudah bersedia menghadapi pendatang biadab itu.
Ualak Sera Raneeb Aun-Raki  Li-Shiris, Haduse Utnete Sera Uhat Konha Naupmere Nuan Nakki-Ikillim Iaranese Sugtihak Ilha Rihisis Uragon iit.  Uki-Uhat Ki Amik Naupmere iit? (Kalau engkau benar adalah Li-Shiris, sudah tentu kau tahu siapa perempuan yang memiliki senarai 13 ahli Sihir Uragon itu.  Beritahu aku di mana perempuan itu?).” kata Lelaki yang bertopeng itu tiba-tiba, kelihatan tidak sabar-sabar lagi menunggu.
Shiris kerut kening, jelas sekali tidak memahami apa yang cuba dikatakan oleh pendatang itu. “Atiba Suddmak Sera? (Apa maksud kau?)”
Sera Naag Uk-Hiladsu, Aru-Aru Kaaditti Uhat. Bihle Akkaid Sera Uki-Uhat, Tappe. Es-Mulle Aima Langhios Rabbaso! (Kau jangan berdalih, pura-pura tidak tahu.  Lebih baik kau beritahu kami, cepat.  Sebelum kami hilang sabar!).” Tengking Rug, amarah pada wajahnya jelas kelihatan.
Adamus menjadi tidak senang dengan situasi itu.  Dia mulai rasa berdebar.  Apatah lagi mengenangkan keadaan dirinya yang serba lemah dan dihimpit pula oleh masalah yang mulai berbau darah.  Dia yakin, perbualan mereka saat itu pasti akan berakhir dengan kematian. 

‘Tidak!’ desis hatinya, gusar.  Pada masa yang sama dengan perlahan-lahan tangannya merayap ke batang kristal hijau. Mentera pengaktif pedang ajaib itu terukir dalam benaknya.  Bila-bila masa sahaja mentera itu akan terpacul dari bibirnya.

Antara aksi yang bakal sengit dalam bab 8... aku sangat teruja dalam bab ini...

Tuesday, June 11, 2013

Adamus di Kota Arkina!!!

Pahlawan Adamus dan sahabatnya Shiris meneruskan perjalanan ke Kota arkina setelah bertemu Padawa Naldo, dan Anabel Anumrasia.   di Kota Pelabuhan yang dilitupi salji itu mereka bertemu pula dengan dua orang Usiari dari Benua Selatan yang datang dengan misi rahsia yang akhirnya membuatkan Adamus menghantar Anabel untuk kembali ke Desa rauna dengan tujuan melindungi Her-Una, kekasih hatinya. 

satu pengembaraan yang akhirnya menemukan dia dengan rakan lama, Tuan Jerung!

perjalanan cerita ini tidak dapat diduga dengan mudah, banyak peristiwa yang muncul di akhirnya.  tetapi aku terus sabar dan tabah untuk terus menulis walaupun cabarannya membara!

Friday, January 13, 2012

Adamus dan Cinta???

Kini Adamus yang tiada kuasa saktinya itu, mengenali Anaber Anumrasia yang memiliki kuasa unik dan bersedia untuk mempertaruhkan nyawanya demi keselamatan Adamus.  Manakala Adamus pula, perlahan-lahan mulai menaruh perasaan cinta yang membuatnya serba salah antara cinta Her-Una dan gadis unik yang memiliki raut wajah persis Her-Una itu.  Pada masa yang sama Shiris, gurunya itu amat tertarik kepada Anabel.  membuatnya mengambil keputusan untuk mengurung saja niat dan perasaannya.  Dalam perjalanan tanpa Sunkara itu, menambahkan lagi ranjau yang cukup berbisa buat Adamus.  Tambahan pula, kedatangan mereka di pelabuhan Araunis disambut oleh tiga orang pahlawan jahat bersama 30 tentera bertopeng hantu yang kejam dan ganas.  mampukah Adamus menangani musuh dengan kemampuan semulajadinya yang terbatas itu???
... tunggu! 

Tuesday, November 8, 2011

Monday, August 15, 2011

PAHLAWAN ADAMUS DIFILEMKAN???


HA HA HA! gimik je tu! sebenarnya aku terfikir juga... kalau lah Pahlawan Adamus ini difilemkan macam KRU buat pada Merong movie tu.... agaknya banyak banyak bajet, dan pelakon serta gajet2 yang akan dibuat. hmm... bila laa agaknya ya???

harap-haraplah dapat diadaptasikan ke layar perak... doa-doa je laa..
hehehhehe...

Apappun... Adamus kini sudah meneruskan perjalanan ke Dermaga Kota Araunis, namun, di pertengahan jalan mereka bertiga ( Adamus, Shiris dan Anabel Anumrasia) telah dihadang oleh seorang lelaki misteri bersama 33 orang pengikutnya yang berseragam hitam dan bertopeng wajah hantu pucat. apakah tujuan Lelaki misteri ini???

Bagi Adamus, ia amat menggusarkannya. Tanpa pedang Unikorn dan tubuh yang disakiti sihir Hemluksia kemudian mengharapkan Shiris dan Anabel akan membantunya dan memastikan keselamatannya adalah amat tipis. Mahu atau tidak Pedang Kristal Hijau terpaksa digunakan untuk mempertahankan dirinya. Dia sedar ada sesuatu yang bergolak di alam Fiara selain ancaman Maharaja Arnanis dan pakatan segitiga Syaitan itu.
apakah yang akan berlaku? ikuti novel ini kelak.... walaupun masih diperingkat awal... namun, ia menjanjikan pengembaraan yang mendebarkan!