::: sinopsis :::

::: sinopsis :::
.

Tuesday, November 8, 2011

Monday, August 15, 2011

PAHLAWAN ADAMUS DIFILEMKAN???


HA HA HA! gimik je tu! sebenarnya aku terfikir juga... kalau lah Pahlawan Adamus ini difilemkan macam KRU buat pada Merong movie tu.... agaknya banyak banyak bajet, dan pelakon serta gajet2 yang akan dibuat. hmm... bila laa agaknya ya???

harap-haraplah dapat diadaptasikan ke layar perak... doa-doa je laa..
hehehhehe...

Apappun... Adamus kini sudah meneruskan perjalanan ke Dermaga Kota Araunis, namun, di pertengahan jalan mereka bertiga ( Adamus, Shiris dan Anabel Anumrasia) telah dihadang oleh seorang lelaki misteri bersama 33 orang pengikutnya yang berseragam hitam dan bertopeng wajah hantu pucat. apakah tujuan Lelaki misteri ini???

Bagi Adamus, ia amat menggusarkannya. Tanpa pedang Unikorn dan tubuh yang disakiti sihir Hemluksia kemudian mengharapkan Shiris dan Anabel akan membantunya dan memastikan keselamatannya adalah amat tipis. Mahu atau tidak Pedang Kristal Hijau terpaksa digunakan untuk mempertahankan dirinya. Dia sedar ada sesuatu yang bergolak di alam Fiara selain ancaman Maharaja Arnanis dan pakatan segitiga Syaitan itu.
apakah yang akan berlaku? ikuti novel ini kelak.... walaupun masih diperingkat awal... namun, ia menjanjikan pengembaraan yang mendebarkan!

Monday, August 1, 2011

KOMEN-KOMEN P.A

Komen tentang Pahlawan Adamus

Panas dari oven kodai... ke aku yang lambat??

Kusyi Hirdan.. Aliff apa tah sorang lagi yang budak cargas gila buat novel sains fiksyen.. Vovin.. dan Nurie ada banyak novel kat PTS.. yang nie aku baru grabbed dan torai.. kalau aritue ada satu novel direkomendasi oleh Ahmad Patria Abdullah.. yang nie x direkomendasi pulak oleh beliau.. tapi cerita dan mood memang sama dengan PERMATA AURORIUS di mana heronya diangkat jadi hero di alam lain untuk selamatkan satu alam lain.. dan dibawa ke negara tue melalui satu kemalangan.. hmmmmm
Bahasa memikat.. nama2 pelik dan mood cerita boleh tahan.. ada gak makhkuk2 pelik dalam nie.. di mana ada jugak muka dan wajah orang klat illustrasi belakang jadi bahannya.. lawak2..

jangan tergelak bila korang nak tau ADAMUS tue stands for apo... wahahaha.. anak datu marzuki tue..

mari kita kaji sket..

Artakus ada power a la jedi tak??

Adamus - dengan tunjuk ajar Tuk Kiril dalam novel nie.. ada Abugen power meets gaara (unsur tanah..) meets Push atau jedi.. atau captain planet sebab guna unsur2 air api angin tanah.. wuii gilo..

-WAVE RIDER-




Pada pandangan aku yang tak berapa penting ini,

Tipu la kalau dalam Malaysia ni yang tak beberapa kerat aje novel fantasi boleh jadi kebetulan jalan ceritanya sama. Tetapi memang betul, kita patut bagi mereka peluang. Aku baca AdiGempa ituari pun memang susah
gila nak hadam sebab macam baca X-Men vs Naruto pulak. Tapi aku tetap bagi peluang. Takde kutuk-kutuk punya.

Cuma cadangan aku ialah, kurangkan elemen gaduh-gaduh ramai-ramai ala Lord of The Rings (Macam cerita Mantera Hitam - Serunaifaqir) dan beberapa Novel Sai-Fai PTS.

Buat ilustrasi dalam novel.

Buat tambahan kat mukasurat-mukasurat terakhir novel seperti rough sketch, rough draft, character design atau
apa sahaja sebagai nilai tambahan. Jadi orang akan lebih menghargainya sebagai collectors item.

Berbalik kepada novel di atas, memang ada persamaannya. Tetapi aku rasa novel di atas lebih 'rich and full' berbanding Aktakusiad.

Dan percayalah, covernya memang cantik! Aku membelinya kerana terlihat secara tidak sengaja covernya yang
begitu cantik dan terus membelinya. Aku masih tidak membeli Takluk Jagat kerana tidak berpuas hati dengan
covernya. Harap cetakan seterusnya mereka tukar cover lain.
-deGenG-

yg ni tk direkemen langsung sbb mmg rip off saga artakusiad. aku dgr ramai peminat2 ahmad patria marah dgn buku ni. –ROSH-




Novel ni terbit masa aku jadi pengurus untuk unit Fortuna yang menerbitkannya.

Aku yang beri kelulusan walaupun aku juga teramat meminati karya Ahmad Patria.

Alasan aku - karya fantasi tak boleh jual. Novel fantasi karya penulis tempatan tak laku. Maka aku keluarkan adamus untuk sedikit-sedikit menambah peminat-peminat fantasi. Ya, boleh argue dengan point aku.

Aku tak salahkan sentimen peminat-peminat Artakusiad. Aku juga share same sentimen tatkala ada orang lain buat karya yang hampir sama dengan karya idola aku.

Tapi benda ni pernah aku bualkan dengan beberapa geng Artakusiad, bahawa berilah peluang seorang yang mengidolakan ahmad patria untuk karya pertamanya mirror kepada artakusiad. Aku percaya along the way, dia akan temui identitinya sendiri. Yang penting dia masuk dan berusaha untuk menambahkan karya fantasi dan menjadi sebahagian dari sejarah perkembangan fantasi malaysia (jika ada).

Buat masa ini, (kesimpulan dari statistik yang ada pada aku), novel fiksyen sains dan fantasi Malaysia mencatatkan jualan yang begitu-begitu-begitu-begitu menyedihkan.

Tapi masih ada sinar harapan...

Hehe.
VOVIN

Wednesday, April 13, 2011

ADAMUS... STUCK DI PANTAI

Arrghhh... Adamus stuck lagi bersama Shiris dan Anabel Anumrasia setelah kematian Sunkara di malam dingin itu. Kini mereka akan meulakan perjalanan semula apabila saturahsia tentang kematian ayah Shiris telah mengubah rentak perjalanan mereka. Kini Kota Pelabuhan Arkina menjadi destinasi seterusnya...

Dan aku masih terkedu merenung situasi baru itu. idea aku buntu untuk meneruskan perjalanannya.. dan aku hanya merenung sebuah cerita ilusi terbaru... sambil terus menggapai idea baru lak..lepas ni ...

Saturday, February 12, 2011

SI JAHAT HITARUK



INILAH WATAK JAHAT HITARUK- SALAH SATU DARI MAKHLUK2 IBLISUS YANG AKAN DIHADAPI OLEH ADAMUS KELAK!

SAAT INI, ADAMUS DAN SHIRIS SUDAH PUN MEMULAKAN PERJALANAN MEREKA DALAM PENCARIAN MUTIARA PENAWAR BISA SIHIR HEMLUKSIA. MERENTASI PERGUNUNGAN PULAU ARAUNA YANG PENUH LIKU DENGAN KEHADIRAN ANCAMAN DARI MAKHLUK KIRIMAN TOK NUJUMON UNTUK MENGHAPUSKAN ADAMUS SENTIASA MENGANCAM PERJALANAN MEREKA. MUJURLAH SEORANG WANITA BERMATA HIJAU BERPAKAIAN SERBA PUTIH MEMBANTU MEREKA DALAM PERJALANAN YANG BARU BERMULA ITU.- BAB 7

Sunday, February 6, 2011

ADAMUS 2- DITERUSKAN!

Sekarang ini penulis masih mencartakan semula map alam Fiara yang terbaru. ada beberapa penambahan watak dan nama-nama tempat dan idea baru muncul tanpa disedari. buat masa ini, penulisan juga diteruskan hingga babak Adamus merayau-rayau di dalam Desa rauna yang penuh salji tebal.... dan paling penting ialah munculnya Padawa Naldo di sebuah desa di pinggir laut... satu pertarungan antara Adamus yang tiada POWER dengan Padawa Naldo yang memiliki kekuatan Samushin Api dan Air!!!

Monday, January 31, 2011

KITAB KILIRA



TERKANDUNG PELBAGAI RAHSIA ALAM FIARA DI DALAMNYA...

HELAIAN TERAKHIR KITAB KILIRA

CATATAN DEWA MEUS
(Kitab Kilira)

TAHUN 2 Nirmala Fiara- Begitulah tahun yang digelar oleh penghuni alam Fiara yang unik dan indah ini. Aku kini sudah dua Nirmala Fiara di alam ini. Aku sendiri hairan bagaimana aku boleh berada di alam ini. Segalanya asing bagiku pada mulanya. Aku masih ingat lagi ketika aku tersesat masuk ke alam ini.
Ketika itu aku berkelah dengan anak dan isteriku di Taman Negara. Tanpa disedari, aku telah tersesat dalam hutan lipur yang besar itu. Pada mulanya aku seolah-olah melihat satu lapisan udara berubah dan membentuk satu ruang yang membulat di hadapanku. Ia muncul betul-betul di hadapanku. Dengan perasaan ingin tahu aku menyentuh lapisan udara yang termampat itu. Ruangnya cukup ganjil dan menarik. Aku dapat melihat satu alam lain menerusinya.
Aku melangkah tanpa ragu-ragu kerana sikap ingin tahu yang membuak-buak. Sebaik sahaja aku menjejakkan kaki ke sebelah ruang ajaib itu, udara termampat itu hilang tiba-tiba. Seketika aku tergamam dengan keadaan itu. Namun, disebabkan kerana ingin tahu masih kuat dan menebal. Aku gagahkan juga diriku meneruskan langkah di alam yang ganjil dan mengagumkan ini.
Alam yang asing itu aku terokai. Ketika itu aku melihat hamparan gunung-ganang yang sayup-sayup kelihatan dari tempat aku berdiri. Rupa-rupanya aku berdiri di atas tebing yang tinggi. Di hadapanku ada sebuah jurang yang dalam dan kelihatan sayup-sayup ke bawah. Kabus nipis menghampari dasar jurang. Berpuluh-puluh jenis haiwan seperti burung, terbang di sekelilingku. Matahari di alam itu sama seperti matahari di alamku. Ada bulan yang sama seperti bulan di alam asalku, cuma bezanya ada dua bulan.
Aku berjalan penuh asyik memerhatikan panorama ganjil dan menarik di sekelilingku. Tiba-tiba aku bertemu dengan seorang tua berjubah putih dan berambut putih. Kami masing-masing tergamam pada mulanya. Tetapi mungkin kami telah ditakdirkan akan bertemu di tempat itu dan pada masa itu. Maka, aku cuba menyesuaikan diriku dengan kehadiran lelaki tua itu. Rupa-rupanya dia seorang pertapa yang mengasingkan diri daripada masyarakat desanya. Aku mengenalinya sebagai Pawang Ramin.
Pawang Ramin adalah seorang tua yang peramah dan memiliki ilmu pengetahuan yang luas tentang alamnya sendiri. Aku mendapat ilmu pengetahuan tentang alam Fiara adalah daripada orang tua itu. Aku menganggapnya sebagi guru. Oleh kerana tidak dapat kembali ke dunia asalku, maka aku terus menetap di pondok Pawang Ramin dan menjadi pembantunya dalam mengkaji banyak percubaan-percubaan beliau dalam mereka cipta sesuatu yang baru. Setiap hari aku akan dihidangkan dengan penemuan barunya. Digabungkan dengan pengetahuanku dari dunia asal, aku telah membina sebuah kediaman yang selesa buat kami berdua. Aku menggunakan pengalamanku bagi membantu Pawang Ramin dan dia pula mengajarku ilmu-ilmu sihir sebagai imbalan jasa-jasaku.
Setahun duduk di dalam hutan bersama Pawang Ramin, akhirnya aku mengambil keputusan mengembara dan menjelajah seluruh pelosok alam Fiara. Aku menuruni gunung dan menuju ke lembah yang luas dan mempunyai sungai-sungai yang menyegarkan.
Alam Fiara adalah alam yang mengalami empat musim sama di kawasan Eropah. Amat beruntung rasanya apabila berada di sini. Aku mula mengenali berbagai kaum yang masih mundur, jahil dan primitif. Kehidupan di sini masih dengan konsep yang kuat menindas yang lemah. Aku berhasrat mengubah penduduknya dan membantu mereka menjalani kehidupan yang lebih berpengetahuan dan lebih teratur. Dengan menggunakan sumber-sumber sedia ada, aku berjaya mengubah kehidupan sebuah desa yang aku gelar Desa Rauna. Aku membina sebuah tugu yang begitu bermakna kepada masa depan alam Fiara ini, ‘Tugu Adamus’. Adamus bermakna: Anak Daku Anak Marzuki Untuk Semua (ADAMUS). Aku sendiri tidak pasti mengapa aku perlu namakan tugu itu sebegitu.
Tetapi, aku yakin ada sebabnya mengapa hal itu berlaku. Aku membuat banyak penemuan-penemuan yang amat mengujakan. Makhluk-makhluk mistik dan ganjil banyak aku temui dan kenali. Ada sebahagian daripada mereka menjadi kawan dan sebahagian lagi menjadi musuhku. Yang menjadi kawan, kebanyakan mereka adalah makhluk-makhluk yang hampir-hampir menyerupai manusia yang bertelinga runcing. Ada juga yang betul-betul seperti manusia. Selain itu, ahli-ahli sihir, jembalang, jin-jin, roh halus dan pelbagai makhluk yang unik turut sama menghuni alam yang begitu menenangkan hatiku ini. Aku mendapati alam Fiara banyak bergantung pada ahli-ahli sihir dalam memutuskan sesuatu ataupun melakukan rutin hidup mereka.
Aku mencatatkan kesemua penemuan-penemuan aku dalam Kitab Kilira ini. Aku harap ia menjadi panduan kepada sesiapa sahaja yang akan memiliki kitab ini. Aku berjaya menyiapkan kitab ini dalam masa dua tahun sebelum aku kembali ke alam asalku dengan bantuan seorang ahli sihir. Selain itu, aku juga telah menempah pedang unik yang kunamakannya sebagai Pedang Unikorn dan sebuah Bumerang Unikorn yang tajam menggunakan besi Agranium, iaitu besi paling keras di alam Fiara. Kedua-dua senjata itu, amat unik dan istimewa. Ia diisi kuasa magis yang hebat oleh Pawang Ramin. Pedang Unikorn itu aku letakkan di dalam sebuah gua yang dijaga oleh roh binatang Unikorn ganas dan Bumerang Unikorn itu diselitkan pada perisai istimewa Unikorn di sebuah perkampungan yang dihuni orang Zeusena yang bersayap helang.
Catatan ini aku nukilkan semasa saat-saat terakhir aku berada di alam Fiara ini. Ahli sihir (Pawang Ramin) inilah yang akan mewarisi dan menjaga kitab ini sampai bila-bila untuk keperluan mereka sepeninggalan aku kelak.
Alam Fiara telah menganggap aku ini adalah ‘Dewa’ yang turun untuk memberi mereka cahaya kehidupan yang lebih baik berbanding sebelumnya. Dewa itu adalah gelaran yang terhormat dan tertinggi di alam Fiara. Lebih dihormati berbanding ahli sihir. Aku tinggalkan kitab Kilira ini sebagai panduan untuk sesiapa sahaja yang layak memegangnya dan menggunakannya untuk kebaikan.

Wednesday, January 26, 2011

PAHLAWAN ADAMUS : MS 329-331

“Bunuh dia!” tempik pengawal yang berbadan besar itu lagi.
Adamus mengelak lagi sebaik sahaja libasan pedang meluru pantas ke arahnya. Tanpa berlengah dia melancarkan penumbuknya. Pengawal yang menjadi mangsa penumbuknya itu terpelanting ke belakang dan terhempas ke tanah yang bergenang dengan air hujan.
Pasukan yang kekurangan seorang itu kembali menyerang serentak. Ketika itulah Adamus mengerah tenaga memanipulasikan elemen tanah. Tanpa amaran, sebongkah tanah muncul mendadak di antara dia dan pasukan pengawal kota itu. Barisan serangan pengawal kota lumpuh sebaik sahaja mereka melanggar bongkah tanah itu.
Adamus meluru ke pondok pengawal lalu menarik tuil yang digunakan untuk membuka pintu gerbang timur.
“Gimbaro!” jeritnya sambil menarik api pada pelita kecil di dalam pondok dengan memanipulasikan elemen api. Api itu membulat di atas tapak tangannya dan membesar sebelum membentuk bebola api sebesar kepalanya. Adamus pantas melemparkan bola api itu ke arah pengawal kota yang mula menyusun kekuatan dan serangan kembali.
“Cepat keluar sebelum pintu gerbang ditutup, Gimbaro!”
Gimbaro pantas menarik kuda Korn menuju gerbang yang terbuka luas kini. Adamus meloncat ke atas pelana kuda dan memecut sambil memaut tangan Gimbaro untuk turut menunggang bersama.


Hujan sudah berhenti tatkala mereka tiba di satu lembah yang suram. Di kaki langit kelihatan cahaya menyinar menandakan pagi akan muncul tidak lama lagi. Mereka menyusuri lorong di antara dua bukit berbatu dan hanya padang rumput yang kelihatan di situ. Beberapa batang pokok kecil juga tumbuh berselerak di kawasan itu.
Sedang asyik berjalan, Adamus tiba-tiba terasa sesuatu yang tidak kena. Dia meliarkan mata dan menghidu dengan deria keenamnya. ‘Nampaknya ada bahaya yang mengintai!’ detik hatinya. Perisai Unikorn dicapai dan dipasang kemas-kemas sambil menanti serangan musuh. Dia yakin, musuh sedang menanti masa yang sesuai.
“Serapi Nirsakti!”
Usai jerit itu satu garis cahaya meluncur kepada mereka. Adamus segera menepis serangan itu dengan perisai Unikorn. Cahaya itu cukup bisa dan perit serta membahang pada wajah Adamus. Dia menurunkan perisai dan meliarkan mata.
“Serapi Nirsakti!”
Sekali lagi cahaya itu menyerangnya. Adamus pantas mempertahankan diri dengan perisai. Cahaya itu membias ke tanah dan meninggalkan letupan yang agak kuat sehingga membongkar tanah dan merentungkannya. Adamus sedikit terkejut dan dadanya berdebar-debar. Gimbaro pula kembali cemas.
“Tu… tu… tuan....” Suara Gimbaro menguasai hening pagi yang mula dijamah cahaya suria itu.
“Siapa?” pekik Adamus sambil meliarkan pandangan ke serata kawasan itu.
“Ha! Ha! Ha!” Gelak ketawa itu bergema tiba-tiba. Adamus menumpukan pandangan ke satu arah di lereng bukit itu. Lebih kurang lima puluh meter di hadapan mereka muncul satu lembaga seperti asap hitam dan kelabu dari permukaan tanah dan akhirnya membentuk satu makhluk berjubah dan berambut putih lurus dan panjang ke belakang. Sebatang tongkat kecil tergenggam di tangan kanannya sambil dihalakan ke arah Adamus.
“Siapa kau?”
“Pai Ro!” jawab makhluk berjubah itu, sinis.