Shiris kerut kening. “Ara-Amik Sera Uhat Fai Sero? (Bagaimana
kau tahu nama aku?)”
“He he he!” Rug mengangguk-angguk sinis. “Sugabo!(Bagus!)”
“Ualak Sera Aun Nasurru Hair Sero, Aalis Nakukal-Aynak Rangsekka. Naag
Angbu Naransus Aima! (Kalau kau ada urusan dengan aku, sila lakukannya
sekarang. Jangan buang masa kami!).”
ujar Shiris tenang, ternyata lelaki ini sudah bersedia menghadapi pendatang
biadab itu.
“Ualak Sera Raneeb Aun-Raki Li-Shiris, Haduse Utnete Sera Uhat Konha
Naupmere Nuan Nakki-Ikillim Iaranese Sugtihak Ilha Rihisis Uragon iit. Uki-Uhat Ki Amik Naupmere iit? (Kalau
engkau benar adalah Li-Shiris, sudah tentu kau tahu siapa perempuan yang
memiliki senarai 13 ahli Sihir Uragon itu.
Beritahu aku di mana perempuan itu?).” kata Lelaki yang bertopeng itu
tiba-tiba, kelihatan tidak sabar-sabar lagi menunggu.
Shiris
kerut kening, jelas sekali tidak memahami apa yang cuba dikatakan oleh
pendatang itu. “Atiba Suddmak Sera?
(Apa maksud kau?)”
“Sera Naag Uk-Hiladsu, Aru-Aru Kaaditti Uhat.
Bihle Akkaid Sera Uki-Uhat, Tappe. Es-Mulle Aima Langhios Rabbaso! (Kau
jangan berdalih, pura-pura tidak tahu.
Lebih baik kau beritahu kami, cepat.
Sebelum kami hilang sabar!).” Tengking Rug, amarah pada wajahnya jelas
kelihatan.
Adamus
menjadi tidak senang dengan situasi itu.
Dia mulai rasa berdebar. Apatah
lagi mengenangkan keadaan dirinya yang serba lemah dan dihimpit pula oleh
masalah yang mulai berbau darah. Dia yakin,
perbualan mereka saat itu pasti akan berakhir dengan kematian.
‘Tidak!’
desis hatinya, gusar. Pada masa yang
sama dengan perlahan-lahan tangannya merayap ke batang kristal hijau. Mentera pengaktif
pedang ajaib itu terukir dalam benaknya.
Bila-bila masa sahaja mentera itu akan terpacul dari bibirnya.
Antara aksi yang bakal sengit dalam bab 8... aku sangat teruja dalam bab ini...